Saturday 10 December 2011

Mampukah aku???

Dah lama aku x mencoretkan apa2 dalam ruangan isi hati aku ni…hidup aku terlalu bz sampaikan aku x tahu nak utamakan yang mana 1.letih,penat,serabut semua ada dalam kepala…tapi ntah pada siapa harus aku luahkan perasaan aku ni.aku hanya mampu menangis dek kerana x tertanggung masalah aku.ujian demi ujian telah aku lalui seorang diri,sampaikan aku dah x mampu lagi nak tanggung semua ini seorang ini. Tak sangka Allah meletakkan aku seorang yang terlalu kuat untuk menghadapi cubaan yang diberikanNya.Namun aku mengerti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku pasrah dalam melalui liku2 hidup ini kerana aku tahu,walaumacammana jauh aku berlari, sejauh mana aku membawa diri,masalah tetap akan menemani diriku.hidupku tidak akan sunyi dengan masalah.

Mampukah aku menangis lagi….dan mampukah aku bertahan lagi.Inilah soalan yang sering aku Tanya pada diriku sendiri.Nak aku pergi jauh dan membawa diri yang walang ini,apakan daya aku tidak mampu kerana mengenangkan anak yang paling aku sayangi iaitu Rayyan.Ups actually I’m not alone,mesti semua orang ingat aku ni keseorangan.sebenarnya hidup aku memang lengkap,aku ada suami,anak yang comel dan anak dalam kandungan yang bakal lahir 4 bulan lagi. Aku dikira bertuah kerana mempunyai pakej yang cukup menarik,orang cakap full pekej.But hidupku tidaklah seperti yang korang Nampak,walaupun aku bahagia,namun siapalah yang tahu apa yang bersarang dalam hati kecilku. Aku gelisah setiap masa,air mata x pernah lekang dari lubuk mataku.Nak aku cerita pada siapa. Walaupun aku ada suami yang boleh dikatakan paling terbaik di dunia ini pun,aku x mampu untuk berkongsi masalah dengan dia.Aku paham dia terlalu letih memikirkan untuk mencari nafkah aku dan anakku.Same with me,kalo bleh aku nak aku sekeluarga hidup bahagia tanpa masalah tp mcm x bestla plak kalo hidup tanpa masalah betol x?


so aku rasa nak stop kat sinila,len kali aku cerita len.alah bukan ada org nak baca pon.aku just nak luahkan perasaan jer....yang pentingnya skrg ni,aku dah ilang rasa bosan,letih,nyampah n mcm2 lagi perasaan yang bersarang dalam hatiku.


aku dah buat konklusion mengenai masalah aku ni,so skrg ni aku nak teruskan hidup aku dengan senyuman sbb aku xmo bg apa2 effect kat anak dalam kandungan dan juga rayyan. dia kan tgh nak membesar,so dia perlukan kasih sayang dari aku.hmmmmm

life must go on....i love my life and my family.hehe

Friday 26 November 2010

Yuhuu Cuti

Jumaat
25 Nov 2010

Ari ni ari cutiku...tp mcm biasa aku sorang2 lagi,maklumla laki aku sibuk.smalam kotla dia nak blk tp x blk...terlepasla sunat yang sering diperkatakan org.Tp x kisahla,sbb aku ada baby lam perot.Blehla aku sembang ngan dia.Baby aku ni mcm paham jer aku bosan,dia slalu teman aku.Bila aku cakap aku bosan ja,dia mst gerak2.Gud bby,harap2 jadi anak yang soleh,memahami dan sentiasa menemani aku bila kluaq esok AMin!!!.

Pagi2 lagi aku bgn dari tido,yg herannya bila aku cuti ja mst aku nak bgn awai.Dah xleh tido smpai tghhari,kalu hari keja bukan main liat lagi aku nak bgn...hai pelik betolla.Aku siap2 p Yayasan sat bg laptop umi,bg dadih yang aku buat utk wani n jamilah...n then dah xtau nak p mana aku beli roti canai 2 keping n aku terus g pekan nat dekat pekan jitra.Mcm2 ada kat sini,smua sayur2an hijau.Tiba2 aku terpandang daun kesom kat kedai makcik tu...apa lg terliuq aku dibuatnya.Ingat nak beli tp mst x sedap.so aku tringat plak ikan sardin ada lam peti ais umah aku,langsung x terusik. Yelah kalo laki aku x blk malaih aku nak msk,stakat nak mkn sorang baik aku beli ja btoi x.

Then aku decide nak buat sendiri laksa wpon aku sendiri x reti...hantam sajalah labu.So aku belila pekakas apa nak buat laksa.Yang herannya aku kalo bab membeli mmg aku pandai,nak buat je x reti.Smpai umah aku tepon k.kinah tanya dia camne nak buat laksa.Kak aku pon gelak kat aku...haha.mcmla dia xtau adik dia ni x pandai msak.msk megi n air aku mmg plg terer...haha.Bermulalah kerja2 aku di dapur...biasala baru nak blajaq...ktung ktang bunyi kuali,nsb baikla jiran sblh rumah aku xdak.Depa cuti blk kampung maklumla cuti skolah...yg sblh kanan plak sarah dia tgh berpantang kat kg dia,dapat anak lak...hmmm tinggallah aku dgn kerjaku entah menjadi ataupun tidak.

tgh sibuk2 jadi chef,tiba2 suami terchenta blk.Hai mimpi apa blk ni,smalam aku merajuk ngan dia srh blk dia x heran pon...ni yg aku bengang ni.Tapi aku bengang gak ngan diri aku ni,bila nmpk muka dia ja hati yg tengah membara tiba2 jadi sejuk.Mst mamat ni ada baca jampi serapah sblm sampai umah.Aku agakla...sbb pelik bebenor,sblm dia blk mcm2 aku bermonolog sorang2...siap nak baling periuk belanga kat kepala dia,tp apa dah jadi ni????Aku layan dia baeeek punyala...haha,siap buat ayaq tanya nak makan laksa ke tak.mst sronok mamat ni...eeeee geramnya aku.

Sebut pasal laksa,lupa plak nak crita camner hasilnya.Bukan aku nak puji diri sendirila,tp mmg aku salute ngan diri aku.kalo aku x puji sape lg nak puji btoi x.Best giler laksa aku,mcm org pro masak...dalam hati 'Leh buka restoren laksa shakiey' hehe.mmg bombastik habisla,skali aku taruk garam,dah x payah boh lagi dah.makna kata aku dah pandai agak bila masak....tp yg lecehnya ngan suami aku ni,dia ckp huh pedasnya.Nak bg dia mati ker apa...aku mkn ok ja.apa daaaa....xmo makan sudah jgn byk komplen.

Dah hbs msk,laki aku g smayang jumaat sat.Tinggalla aku sorg2 melepak atas kusyen...smbl goyang kaki nyanyi lagu ntah pape.Dia blk dr masjid tanya aku x msk ker...lah aku ingatkan dia x mo makan.dah melantak laksa dah td,lgpun ikan sekor pon xder...nak msk ape.pastu dia ajak aku mkn luaq,mcm duit banyak ja mkn luaq.kami pon pekena nasi ayam periuk besaq...best n sdp kat pekan jitra.Blk tu,x sempat nak rehat laki aku nak baiki tangki ayaq bocor.aku baru ja nak landing2 smbl berangan.Kaco betoila...buat keja tu smpai koi 5.30.hbs tu kami p dusun mak mentua aku sat.Ingat nak buat umah situ...tp takut plak ari tu banjir teruk hapus bumbung umah.P tgk tempat ajela,plan nak buat umah xtau lg bila.Tunggu rezeki murah skit.

Blk tu kami p aneka jalan2,,,aku skrg ni dah pencen.Jln sat terus lenguh sana lenguh sini.Ajak mat blk sblm tu p beli pizza sat yg tukar hot tiket.sampai umah kena masak untuk suamiku tercinta.Aku buat simple2 jer,nasi goreng n telor mata kucing.Kali ni suamiku puji...'hmmm pndai ayang msak sdap'.Lega aku dengaq,ingatkan nak komplen lg.Kembang kecut idung aku haha.selesai makan lega aku bila pikirkan tanggungjawab aku dah selesai...aku pon relax2 smbl mat urut2 kaki sat.Lenguh kaki jgn cakapla,dah bdn besaq,kaki kecik mana bleh tampung.last2 aku tertido camtu...